Ada 6 perkara Allah sembunyikan,
Assalamualaikum wbt.
Buat renungan kita semua.
Allah swt selesai mencipta Jibril as dengan bentuk
yang cantik, dan Allah pula menciptakan baginya
600 sayap yang panjang, sayap itu antara timur
dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124,000
sayap). Setelah itu jibril as memandang dirinya
sendiri dan berkata:
"wahai Tuhanku, adakah Kau menciptakan mahluk
yang lebih baik daripada aku?"
Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "tidak"
Kemudian Jibril as berdiri serta solat dua rakaat
kerana syukur kepada Allah swt,dan tiap-tiap
rakaat itu lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibril as solat, maka Allah swt
berfirman yang bermaksud, "wahai Jibril, engkau
telah menyembah aku dengan ibadat yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah kepada Ku seperti ibadat kamu,
akan tetapi diakhir zaman nanti akan datang
seorang Nabi yang mulia yang paling Aku
cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat
yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya
mereka itu mengerjakan solat Dua Rakaat yang
hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam
keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran
mereka melayang bermacam-macam dan dosa
mereka pun besar juga, maka demi kemulianKu
dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu
lebih Aku sukai dari solatmu itu, kerana mereka
mengerjakan solat bukan atas permintaan Ku."
Kemudian jibril as berkata:"ya Tuhanku, apakah
yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai
imbalan ibadat mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "ya jibril, akan
Ku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal
mereka.."
Kemudian jibril as meminta izin kepada Allah untuk
melihat syurga Ma'waa.
Setelah jibril as mendapat izin dari Allah SWT maka
pergilah Jibrij as dengan mengembangkan
sayapnya dia bolih menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah malaikat Jibril as selama
300 tahun sehingga ia merasa letih dan akhirnya
dia turun berteduh di bawah bayangan sebuah
pohon dan dia sujud kepada Allah swt lalu ia
berkata dalam sujud:
"ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak
perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau
seperempatnya?" Kemudian Allah SWT berfirman
yang bermaksud:
"wahai Jibril, kalau kamu dapat terbang selama
3000 tahun dan meskipun Aku memberikan
kekuatan kepada mu seperti kekuatan yang
engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan
sampai kepada satu per sepuluh dari beberapa
perpuluhan yang telah ku berikan kepada umat
Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat
yang mereka kerjakan....."
Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha
lakukan......sesungguhnya Allah SWT telah
menyembunyikan 6 perkara iaitu:
1. Allah swt telah menyembunyikan redha-Nya
dalam taat.
2. Allah swt telah menyembunyikan murka-Nya
dalam maksiat.
3. Allah swt telah menyembunyikan nama nya yang
maha agung dalam Al-quran.
4. Allah swt telah menyembunyikan lailatul qadar
dalam bulan ramadhan.
5. Allah swt telah menyembunyikan solat yang
paling utama dalam solat (yang lima waktu)
6. Allah swt telah menyembunyikan (tarikh
terjadinya) hari kiamat dalam semua hari.
semoga kita sama sama mendapat menfaat
daripada ilmu Ini...penuhkanlah 10 malam yg
terakhir ini.....
Waallahualam
by,
Ce'eKGoo
No comments:
Post a Comment