Thursday, October 26, 2006

Sedarlah Wahai Sahabatku.......Bila al-Quran dipijak-pijak...

:Apabila Al-Quran dipijak-pijak:.

Assalamua'laikum warahmatullah,

WAHAI SAUDARA SEAGAMAKU, BACALAH KISAH YANG
TERKANDUNG DI DALAM UCAPAN YANG DITERJEMAHKAN KE
DALAM BAHASA MELAYU DI BAWAH INI DAN FIKIRKAN,
ADAKAH MALAYSIA MENUJU KE ARAH BALA YANG SAMA?

Saudara-saudari Islam, berikut adalah ucapan
saorang pelajar Islam, Najeeb Rahman dimajlis
"Charity Lunch For Maluku" di University of Leeds.
Majlis tersebut di anjurkan oleh Persatuan Pelajar
Malaysia University of Leeds (Saudara Taufik dan
beberapa mahasiswa perubatan) Bacalah. Agak
panjang tapi sangat menyentuh hati.

Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta
ini. Sejahtera ke atas Rasulullah SAW dan
Nabi-Nabi serta Rasul-Rasul, keluarga mereka,
sahabat-sahabat mereka, dan kita semua yang hadir.
Baru-baru ini pembunuhan dan penyembelihan umat
Islam secara rambang (massacres) telah berlaku di
Maluku dan Ambon Indonesia. Gambar-gambar yang
mengerikan, mayat kanak-kanak Islam yang dicincang
serta orang-orang Islam yang dibunuh beramai-ramai
(massacre) boleh dilihat di internet.

Laporan bergambar yang dilakukan oleh Dr Jemilah
mengenai pembunuhan-pembunuhan tersebut apabila
difikirkan boleh menitiskan air mata kita. Dan
kesemuanya ini benar-benar telah berlaku dan
bukannya imaginasi seseorang. Saudara-saudari
Muslim ku, sebenarnya, ini bukan insiden kekejaman
ke atas kaum Muslimin yang terpencil. Tragedi atau
bala yang serupa pernah berlaku di Bosnia di mana
ratusan ribu orang-orang Islam dibunuh dalam
kekejaman "cuci bersih" ( ethnic cleansing) oleh
puak Kristian Serbs. Begitu juga di Kosova di mana
puluhan ribu orang-orang Islam juga telah "dicuci
bersih", dibunuh; juga oleh puak Serbs.
Kanak-kanak dan kaum tua yang tidak berupaya untuk
mempertahankan diri dibunuh begitu saja.
Wanita-wanita Islam dirogol dan seterusnya dibunuh.

Orang-orang Islam dipenggal dan dikelar anggota
mereka. Ceritanya sama, berulang-ulang kali.
Mengapa kekejaman ini terus menimpa umat Islam di
merata dunia? Kita boleh salahkan kekejaman ini
kepada konspirasi antarabangsa terhadap Indonesia,
atau rancangan jahat Barat terhadap kaum Muslimin,
atau pun sebagai tindakan kebencian Yahudi dan
Kristian terhadap kita, atau pun operasi cuci
berseh puak Kristian Serbs. Tetapi adakah hanya
ini SEBAB MUSABAB YANG SEBENARNYA?

Dari pengalaman saya sebagai Sukarelawan Perubatan
di Kosova, saya dengan sendirinya telah melihat
kubur-kubur orang-orang Islam yang dibunuh ditanam
beramai-ramai (mass graves), mayat-mayat yang
sedang reput dan busuk, keluarga-keluarga
terutamanya kanak-kanak yang dalam ketakutan,
rumah-rumah dan masjid-masjid yang telah hancur
musnah. Memangnya suatu pengalaman yang kuat
tamparannya. Dengan izin Allah SWT saya telah
berpeluang tinggal bersama-sama suatu keluarga
yang baik di Prizren, Kosova. Ketua keluarga itu,
Imam Ismail dan anak sulungnya, Navahi, kedua
mereka adalah imam, begitu juga dengan datuk
Navahi, juga seorang imam. Mereka mesra dan baik hati.

Semasa satu dari perbualan kami di waktu petang,
kami telah berbual mengenai bala dan tragedi yang
telah menimpa, bagaimana masyarakat Kosova sebelum
ditimpa bala pembunuhan massacre itu. Navahi yang
fasih berbahasa Inggeris telah menceritakan dengan
penuh rasa segan dan malu mengenai keadaan
masyarakat Islam Kosova sebelum berlakunya genosid
puak Kristian Serbs. Antara perkara yang beliau
sebutkan adalah kaum Muslimin di Kosova telah lupa
daratan dan membelakangkan Islam. Ramai tidak tahu
sembahyang, tidak tahu membaca Quran, telah
lupakan syahadah, dan zina serta meminum arak
(bir) berleluasa di merata pelusuk. Hanya kaum tua
sahaja yang masih ke masjid.

Di sebuah bandar kecil bernama Djakova, dimana
berlaku pembunuhan massacre kaum Muslimin yang
terdahsyat sekali, penduduk Islam disana telah
berlaku syirik terhadap Allah SWT. Mereka
menyembah kubur orang-orang alim (saintis) yang
dianggap keramat dan memasang lilin (seperti
Kristian melakukannya di dalam gereja). Mereka
mendakwa yang mereka bukannya menyembah
"keramat-keramat" tersebut tetapi menghampiri
Allah melaluinya. Ini adalah kepercayaan mereka
yang nyata sesat. Tidak ada inter-mediaries" atau
perantaraan dalam Islam. Ini nyata perbuatan
syirik. Imam Ismail adalah Imam di masjid Djakova
sebelum berlakunya genosid pembunuhan orang-orang
Islam beramai-ramai di bandar itu oleh puak
Kristian Serbs.

Di bandar Suhareka, satu lagi bandar di mana
pembunuhan secara massacre ke atas orang Islam
telah juga berlaku, penduduk bandar tersebut telah
menggesa Bilal masjid supaya jangan melaungkan
azan Subuh untuk memanggil orang mengerjakan
solat. Ini kerana azan mengganggu tidur mereka.
(Saya percaya ada dikalangan ummah kita yang sama
menaruh perasaan benci mendengar azan, atau mereka
akan kaleh memekakkan telinga dan mengabaikan
solat. Ada yang langsung tidak bangun mengerjakan
fardhu Subuh). Di satu lagi bandar di Kosova,
seramai 40 orang Islam (lelaki, perempuan,
kanak-kanak dan orang-orang tua) telah dibawa ke
dalam hutan dan diikat. Mereka kemudiannya
ditembak mati oleh puak Kristian Serbs dengan
senjata AK47. Di bandar ini hanya golongan tua
sahaja yang ke masjid.

Semasa kami membuat lawatan rawatan medic kesana
kami telah tiba sejurus sebelum masuk waktu
Maghrib. Pemuda-pemuda disana memberitahu kami
hanya orang tua sahaja ke masjid. Benar kata
mereka kerana apabila kami sampai ke masjid hanya
ada Imam dan seorang lelaki tua dan rombongan
medic kami yang bersolat di masjid tersebut.
Semasa kami sedang mengedarkan Quran, seorang
pemuda yang mulutnya berbau arak bir meminta
senaskhah Quran untuk dibakar buat memanaskan
rumah beliau (Bandar tersebut dikelilingi hutan..)
Oleh yang demikian tidak mungkin tiada cukup
bekalan kayu untuk bahan api buat memanaskan
rumah). Setelah membuat lawatan ke kawasan lain di
Kosova, kami lihat kebanyakan pembunuhan serta
kemusnahan harta benda kaum Muslimin berlaku di
kawasan utara Kosova dimana masjid-masjid jarang
kelihatan walau pun majoriti penduduk terdiri dari
orang Islam.

Bukan niat saya hendak menjatuhkan air muka
saudara-saudari Islam kita di Kosova, tetapi untuk
mengingatkan kita semua kepada pengajaran dan
iktibar di Kosova agar kita tidak melakukan
kesilapan yang sama. Seorang lelaki tua yang kami
temui, yang anak lelakinya telah dibunuh dan
rumahnya dibakar, telah meminta kami memberitahu
umat Islam yang lain apa yang sebenarnya telah
berlaku..Oleh itu saya hanya menyampaikan apa yang
diamanahkan oleh orang tua itu. Navahi juga
memberitahu kami mengenai situasi di Turkey. Datok
beliau kerap ke Turkey kerana ramai rakan kenalan
disana.

Turkey, bukannya negara Islam,walau pun
menonjolkan imej sedemikian. Turkey diperintah
golongan sekular yang ekstremis dalam fahaman,
bahawa agama Islam tiada kena mengena langsung
dengan pemerintahan negara. Ini merupakan ideologi
kebanyakan orang-orang Islam moden masakini.
Mereka mendakwa Islam dan politik itu berasingan
dan tidak boleh di campur. Golongan sekular Turkey
pernah berkata urusan pentadbiran negara hendaklah
jangan "tercemar" oleh ajaran Islam (seolah-olah
politik itu suci dan Islam itu kotor). Mereka
mendakwa Islam itu perlu disekat amalannya kepada
masjid dan rumah-rumah sahaja, dan dilarang
digunakan di Parlimen, mahkamah dan sebagainya.
Pemerintah sekular Turkey menganggap hukum-hukum
Syariah itu kuno dan purba, hanya sesuai bagi
puak-puak Arab zaman yang hidup digurun dan
menunggang unta. Bagi golongan sekular Turkey,
undang-undang Syariah tidak lagi sesuai bagi
masyarakat bertamadun serba moden masakini, iaitu
di zaman kereta, komputer dan internet,
pro-kebebasan dan hak asasi manusia. Hukuman rejam
ke atas penzina dan potong tangan yang mencuri
dianggap oleh puak sekular Turkey sebagai kejam
dan tindakan orang-orang yang tidak bertamadun,
dan dengan demikian tidak lagi sesuai
dilaksanakan. (Tidak terlintaskah kepada mereka
bahawa mereka berlaku syirik terhadap Allah SWT).

TIDAK KAH SEMUA INI SAMA DENGAN KEADAAN KITA?
Wanita di Turkey dilarang
berhijab/bertudung menutup aurat. Usaha untuk
mempelajari agama Islam dijadikan perkara yang
susah oleh kerajaan Turkey. Pihak berkuasa yang
sangat menindas Islam adalah tentera Turkey.
Navahi mengatakan anggota tentera yang ditangkap
mengerjakan solat dikenakan 'court marshal'
(adalah suatu kesalahan mengikut peraturan tentera
Turkey untuk mengerjakan solat). Saya menerima
e-mail beberapa hari sebelum berlaku gempa bumi
yang dahsyat di Turkey baru-baru ini. Beberapa
hari sebelum berlaku gempa bumi tersebut,
Jeneral-Jeneral tentera Turkey mengadakan temasya
keraian (party) di apartmen peranginan mereka di
pantai Mediterranean. Mereka mengundang perempuan
jalang dari Israel dan telah bersukaria sakan,
meminum arak dan berzina.

Seterusnya Jenera-Jeneral tersebut telah memanggil
seorang anggota pangkat bawahan untuk membaca
Al-Quran sambil mereka bersukaria, mabuk dan
berzina. Anggota pangkat bawahan enggan dan takut
berbuat demikian, lalu seorang Jeneral merampas
Al-Quran itu dan memijak-mijak Al-Quran itu sambil
mencabar, "Mana dia Allah untuk selamatkan Quran
ini". Mereka semua ketawa terbahak-bahak. Anggota
tentera pangkat bawahan telah melihat suatu cahaya
berwarna merah samar memancar di horizon laut.
Beliau ketakutan lalu melarikan diri keluar dari
apartmen Jeneral-Jeneral itu. Sejurus kemudian
satu ombak yang begitu tinggi melanda pantai dan
menelan
apartmen dengan Jeneral-Jeneral Turkey tersebut
kedalam laut. Yang berlaku sebijik semacam salah
satu bala balasan Allah yang difirmankan di dalam
Al-Quran. Wallahu 'alam.

Di Palestine, saya terdengar dari seseorang di
sana bahawa seorang Yahudi pernah berkata kepada
seorang Arab, "Kami Yahudi tidak takut dan gentar
selagi kami tidak melihat bilangan kaum Muslimin
yang menunaikan solat fajar berjemaah di masjid
sama dengan bilangan kaum Muslimin yang menetap di
dalam qariah." Di Bosnia, kebanyakan orang Islam
telah membelakangkan agama mereka sebelum
berlakunya pembunuhan massacre disana. Mereka
telah meniru cara hidup Eropah kafir. Zina, arak
begitu berleluasa, dan perkahwinan antara Kristian
dan Islam (secara murtad) dibenarkan. Orang Islam
yang menjaga keimanan mereka terlalu sedikit
bilangan mereka berbanding dengan yang memilih
hidup dalam keadaan kejahilan moden dan kesesatan.

Saudara-saudari Islam, ini hanyalah contoh-contoh
kemungkaran dan keingkaran. Sekali lagi ditegaskan
bukan niat saya mengaibkan mereka, tetapi suatu
iktibar perlu di ambil. Saya pasti sudah jelas
bagi anda semua SEBAB SEBENAR berlakunya bala
bencana dan tragedi yang dahsyat tersebut..

Seperti firman Allah SWT didalam Al-Quran
(terjemahan): yang bermaksud "Janganlah kamu
jadikan seruan Rasul diantara kamu seperti
panggillan sebahagian kamu kepada sebahagian yang
lain. Sesungguhnya Allah telah mengetahui
orang-orang yang beransur-ansur pergi di antara
kamu dengan berlindung (kepada kawannya), maka
hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah
Rasul takut akan ditimpa ujian atau ditimpa azab
yang pedih."
(Surah An Nuur Ayat 63).

Dan didalam satu lagi ayat Allah berfirman
(terjemahan):yang bermaksud "Maka tatkala mereka
membuat Kami murka, Kami menghukum mereka lalu
kami tenggelamkan mereka semuanya (di laut)".
(Surah Az Zukhruf Ayat 55)

Amaran-amaran didalam Al-Quran itu sangat jelas.
Dan Allah SWT tetap tidak akan mungkir janjiNya.
Bukankah mereka ini (Bosnia, Kosovo, Turkey) telah
tidak mematuhi perintah Allah dan RasulNya?
Bukankah mereka telah mencabar Allah SWT? Adalah
perkara mudah bagi Allah SWT menimpakan azab
keatas kita atau mengadakan dugaan bagi kita
kerana Allah Maha Berkuasa atas segalanya.

Bala dari Allah SWT itu kalau tidak dalam bentuk
pembunuhan, Allah SWT boleh turunkan bala itu
sebagai wabak penyakit, ribut, taufan, gempa bumi
dan banjir yang dahsyat seperti yang telah
difirmankanNya didalam Al-Quran. Jangan pula kita
mempersoalkan sifat Allah SWT yang maha pengasih,
maha pengampun lagi maha adil kerana telah
mengizinkan berlakunya pembunuhan massacre keatas
orang-orang Islam dan kanak-kanak itu. Rahmat
Allah SWT tetap ujud walau pun kita tidak dapat
mengamatinya. Misalnya, sesetengah yang dibunuh
itu mungkin orang Islam yang lemah keimanan
mereka, telah melakukan banyak dosa dan sekiranya
mereka mati secara biasa bukan mati syahid, sudah
pasti tempat bagi mereka adalah api neraka.
Wallahu 'alam. Dan kanak-kanak yang terbunuh itu
sebenarnya terselamat dari alam sekeliling yang
berupa jahiliyah moden yang boleh merosakkan
mereka dan mungkin apabila mereka dewasa kelak,
mereka akan murtad atau berlaku syirik atau hidup
bergelumang dengan dosa.

Tetapi Allah SWT telah mengambil mereka kembali
dari dunia di waktu mereka kecil lagi, dan dengan
itu mereka terselamat dari membuat dosa, dan Insya
Allah akan masuk syurga di akhirat nanti, dan
sayugia diingatkan akhirat itu adalah kehidupan
buat selama-lamanya. Bukankah ini berupa nikmat
dan rahmat Allah jua?

Kalau kita percaya hidup berakhir didunia ini
sahaja maka kita akan melihatnya sebagai tragedi
yang tidak adil. Tetapi kalau kita percaya kepada
akhirat segala-galanya adalah ujian dan dugaan
dalam perjalanan ke akhirat. Tetapi ini tidak sama
sekali bermakna kita membiarkan sahaja ummah kita
terus ditindas dan menderita begitu sahaja. Kita
ummat Islam merupakan keluarga yang besar dan
menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka
dan melindungi mereka kerana meraka adalah
saudara-saudari Islam kita. Oleh yang demikian
apakah yang perlu kita lakukan untuk mengelakkan
bala dari Allah yang berupa bencana alam dan
pembunuhan menimpa diri kita dan mereka yang kita
sayang? Jawapannya sama seperti yang telah
diturunkan zaman ke zaman.


KITA PERLU:
kembali ke jalan yang diredhai Allah SWT. memohon
keampunan Allah SWT. bersatu dibawah panji dan
kalimah 'La ilaa ha illallah' dan bukan dibawah
panji masing-masing. berpegang sepenuhnya kepada
HUKUM-HAKAM dan PERINTAH-PERINTAH Allah SWT dan
berhenti melakukan segala yang dilarangNya.


Ini tindakan-tindakan yang perlu kita lakukan.
Nampaknya agak susah, tetapi ia sebenarnya mudah,
Insya Allah. Semuanya perlu bermula dari diri dan
hati kita. Jangan tinggalkan solat fardhu,
pelajari dan dalami ilmu agama kita, dan berdoa
memohon Allah SWT menguatkan iman kita, dan
hentikan bertelingkah antara sesama sendiri
mengenai perkara-perkara yang remeh. Kita boleh
mengelakkan dari ditimpa dengan bala pembunuhan
dan lain-lain bala keatas diri kita dan keluarga
kita. Allah SWT telah berfirman bahawa Dia tidak
akan mengubah nasib sesuatu kaum itu selagi kaum
itu tidak terlebih dahulu dengan sendiri berusaha
untuk mengubahkannya. Kita perlu memulakannya
dahulu, dan Allah SWT akan memberi kita
pertolongan seperti yang dijanjikanNya.


Sebagai bukti, satu keadaan di Kosova. Pada suatu
petang saya telah ke daerah Opoya, terletak di
wilayah selatan Kosova, tempat asal Imam Ismail.
Di kawasan itu bandarnya tidak mengalami apa-apa
pun. Tiada berlaku pembunuhan massacre orang
Islam, tiada pula kesan-kesan kemusnahan perang,
dan tiada tanda-tanda bahawa puak Kristian Serbs
telah ke tempat itu. Tetapi sebenarnya puak
Kristian Serbs telah menetap di kawasan itu selama
8 tahun, sama seperti di lain-lain kawasan.
Perbezaan yang dapat kita lihat adalah diwaktu
Maghrib, masjid di Opoya PENUH. Itu hanyalah waktu
solat fardhu harian yang biasa. Di hari Jumaat
ianya penuh berlimpahan, dan bukan hanya kalangan
tua sahaja tetapi ramai pemuda sama berjemaah.


Dan mereka telah beramal walau pun godaan dan
pengaruh buruk puak Kristian Serbs telah ujud.
Kami tidak melihat sesiapa dikalangan orang Islam
yang meminum arak disana. Saya diberitahu hanya
satu tempat sahaja yang dimusnahkan oleh bom puak
Serbs, iaitu sebuah kafe yang pernah menyajikan
minuman arak. Pelanggannya datang dari kawasan
lain. Bandingkanlah perbezaan Opoya dengan
bandar-bandar yang lain. Tidakkah jelas dan nyata
bahawa kekuatan itu berada di tangan Allah SWT dan
bukan bergantung sangat kepada tentera yang kuat
untuk membalas serangan puak Kristian Serbs.
Inilah maknanya "La Haula wa laa quwata illa
billah", tiada kekuatan atau daya kecuali dengan
kehendak Allah SWT. Sekiranya Allah SWT tidak
mengizinkannya, maka puak Kristian Serbs tidak
akan dapat menyerang sesebuah bandar itu. Oleh itu
jadikanlah ianya suatu pengajaran dan iktibar.
Akhirnya mari kita sama-sama memohon doa' kepada
Allah SWT.


Bismillahhir Rahmaanir Rahiim.


Ya Allah Tuhan kami. Tingkatkanlah keimanan dan
ketaqwaan kami kepada Engkau ya Allah dan Akhirat.
Ya Allah, perkenankanlah taubat kami dan ampunkan
dosa-dosa kami di masa lepas dan yang akan datang.
Ya Allah, kami memohon taufik dan hidayah dari Mu
kerana Engkau sahaja yang boleh memberikannya. Ya
Allah, tolonglah umat Muhammad SAW untuk bersatu,
dan lindungi kami dari pertelingkahan sesama
sendiri. Ya Allah, kami berlindung dengan Engkau
dari Syaitan, Dajjal, dan dari tamak haloba. Ya
Allah, hapuskanlah kekejaman dan penderitaan yang
dihadapi oleh saudara-saudari Islam kami di
Maluku, di Palestine, di Chechnya, dan dimana saja
mereka ditindas. Dan jika ditakdirkan mereka
gugur, tetapkanlah Ya Allah bagi mereka mati dalam
syahid, mati dalam memperjuangkan agama Engkau Ya
Allah, dan mati didalam iman. Ya
Allah, musnahkan kaum yang kafir untuk kami kerana
sesungguhnya Engkau yang
maha berkuasa.


Pecah-belahkan mereka dan tanamkan ketakutan
kedalam hati mereka. Ya Allah, kami adalah makhluk
Engkau yang lemah. Tolonglah kami Ya Allah kerana
tiada kuasa melainkan kuasa Engkau Ya Allah.
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad SAW,
pesuruh Engkau Ya Allah Tuhan semesta alam. Wa
billaahit-tawfiq wal hidayah. Subhanaka
Wabihamdika wa ash-hadu allaa ilaaha illa anta. Wa
nastaghfiruka wa na tuu bu ilaik Wasallallaahu
'alaa Muhammaddin Nabiyil Wa 'alaa aalihi
wasahbihi wassalam. Wassalamualaikum warahmatullah
wabarakatuh!

CATATAN PENTING:
Saya harap anda semua saudara-saudari Islam di
Malaysia akan membaca kesemua bahagian ucapan
diatas dengan teliti. Ini bukannya perkara yang
boleh diambil ringan. Bagi kita di Malaysia
bukankah bukti-bukti dan tanda-tanda sudah jelas
bahawa apa yang berlaku di Bosnia, Kosova, Turkey
dan lain-lain yang mempelawa bala diturunkan oleh
Allah SWT sudah pun berlaku di Malaysia dengan
berleluasa?

1) Bilangan yang murtad di Malaysia semakin
bertambah, dan pihak berkuasa seolah-olah
mengalakkannya.


2) Zina di kalangan orang Melayu sudah berleluasa

3) Arak dijual di merata tempat (7 Eleven pun ada
menjualnya) dan ramai orang Islam minum arak -
lihatlah di Bangsar.

4) Ada segelintir orang Melayu yang tidak boleh
menyebut shahadah. Jangan terperanjat.

5) Rasuah berleluasa.


Senarai kemungkaran dan keingkaran ini begitu
panjang sekali. Dan segala-galanya adalah
tanda-tanda yang sama dilihat di Bosnia dan Kosova
sebelum genosid dimana puak Kristian Serbs telah
membunuh dengan rambang untuk mencuci bersih orang
Islam telah berlaku. Dan jangan terperanjat kalau
keadaan sama berlaku di Malaysia ini. Adakah kita
memilih untuk berdiam dan menuggu sahaja tanpa
berbuat sesuatu sekarang juga. Kita tunggu
sehingga bencana menimpa, tunggu sehingga kita
dapat melihat anak isteri kita dan kita sendiri
disembelih, tunggu sehingga lain-lain bala dari
Allah seperti gempa bumi, banjir besar , ribut
taufan melanda Malaysia barulah kita sedar dan
tergesa-gesa kembali ke jalan Allah?

Adakah bala dari Allah yang kita idamkan? Gempa
bumi dan ribut taufan tak berlaku di Malaysia?
Kalau dikehendaki Allah gempa bumi yang dahsyat
yang memusnahkan hampir kesemuanya rakyat boleh
berlaku esok lusa. Samada kita kembali ke jalan
Allah atau kita mempelawa bala diturunkan oleh
Allah keatas Malaysia adalah pilihan kita sendiri.
Apa jua yang bakal berlaku, kita dan keluarga kita
yang akan menanggungnya.


Diterjemahkan (sedaya yang boleh) oleh Tarabulsi
semata-mata kerana
Allah SWT.


Sudahkah anda menunaikan SOLAT ?


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.
bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat."


Apa yang diharapkan supaya kita dapat
memanjangkankan perkara ini kepada rakan-rakan
kita dan kita mendapat pengajaran dan kesedaran
dari peristiwa-peristiwa yang telah terangkankan
tadi. Insyaallah kita berharap kita mendapat
taufik dan hidayah dari Allah S.W.T.



Wassalam

No comments: