Surah Al-ikhlas (tau x kebaikannya?)
Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu
Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam
yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan
membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota
rumah dan sekiranya tiada orang di rumah, berilah
salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama
(ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila
malaikat memberi salam, seorang yang jarang
bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan
daripada salam yang diucap di akhir solat akan
menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit
sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari
kesempitan kuburnya dan para malaikat akan
membawanya dengan sayap mereka melintasi titian
siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki
kepada umatnya : Siapakah antara kamu yang dapat
khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah
Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya.
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali
bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu
itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas
Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa
Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali
ganjarannya sama dengan membaca 10 juz kitab
Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas
sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya
sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW
telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk
ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas
360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke
satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada
tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang
sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada
setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat
yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka
berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya
pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang
yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki
mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi : Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus
Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat
Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis
pada sayap malaikat Israfil a.s.
Nota :
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham
akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang
lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'.
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam
itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan
No comments:
Post a Comment