Ini adalah mengenai Nilai kasih Ibu
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang
sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu
menghulurkan sekeping kertas yang bertulis
sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di
apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh
sianak lalu membacanya.
Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang
si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya.
Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan -
PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu -
PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu -
PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu -
PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan
keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA
Air mata si anak berlinang setelah membaca apa
yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah
ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan
Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan
menulis'Telah Dibayar'pada mukasurat yang
ditulisnya.
Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah
SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah
yang paling berhak mendapat layanan baik
dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulan
sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian
saudara-saudara terdekatmu."
No comments:
Post a Comment