Friday, October 27, 2006

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis.
Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian.
Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah.
Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang
paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat
sokongan penuh kerajaan negeri.

Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong.


Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa
kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka. Paling berbaloi
kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari kalangan intelek.


Hasilnya
kami dapat RM3,000/= setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan
pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.
Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran
Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran
ini setanding dengan lukisan). Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4
saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama
Islam.


Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya
menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya
kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam. Pada suatu hari sewaktu
tingkatan Enam bawah, saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya
panggil cikgu). "cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai
dikelas ini, bolehke saya kerumah cikgu..."


Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan kerumah
ustaz itu. Saya katakan "cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas
nama Islam, agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya". saya
kemukakan beberapa persoalan, antaranya;-

> - Mengapa orang Islam sembah kaabah
>- Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan
>Islam adalah agama langit. Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
>membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.
>- Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka
peperangan.
>- Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang
asalnya.

Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan
kawan -kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan - kawan mati akal.
Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu
saya menjawab secara tepat.

>- Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
>- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
>- konsep ketuhanan Jesus.

Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang
paderi, kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu
kerumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa
saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik
ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa 'orang malaya'
datang kerumah.


Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan
kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.


Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang
berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera
bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat
pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya
mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang
berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin
tinggi.


Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.
Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan
berkata," mengapa Johanis....awak mengigau...." Saya pegang tangan
ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan saya.........". Ustaz itu minta saya
bersabar untuk dia uruskan dengan pihak tertentu. Tidak lama selepas
itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.


Selesai pengIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di
rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah
tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula
dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru
senapang meletup keatas.


Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan
keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah
ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis
kontrak mengajar di Sabah.


Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan
rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi
mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan
Raihan adalah saduran lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di
Sabah dulu..


6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz.
Alhamdulillah
saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja
dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan,
Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan. Saya sedih kerana
ramai pendakwah ini nak berdakwah pun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya Ingin membilas dosa
lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang
untuk mengIslamkan seramai mungkin dengan kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan
belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah, emak dan adik beradik saya. Saya
katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah. saya sayang emak.saya
sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan
akhirat.


Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan
buku-buku Yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun
saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak
dan adik beradik. Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan
halilintar saya mendapat berita........ Ayah saya menganut Agama Islam.



Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis
dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi
terlalu murah....saya terus menangis...saya pejamkan mata...saya bayangkan
ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama........Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu....


Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai
oleh ayah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari
ini berpecah. KITA BERPECAH KERANA KITA MENINGGALKAN QURAN DAN SUNNAH
RASUL. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.
Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa
kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan
supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog
dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia
boleh sergah saya,"You apa tahu... Islam pun baru setahun jagung....." Saya
sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah Saya tak akan
masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam.
kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa
Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam.

Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak
perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian. saya juga diancam oleh umat
Islam. Apa tauliah awak ,mana kebenaran Jabatan Agama, mana permit polis,sapa
benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak
Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam
sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara
ialah Di IPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah, pura-pura nak
belajar Islam.... jatuh cinta... lalu dimurtadkan... ada yang pura-pura masuk
Islam.... dan dimurtadkan.
Saya sudah pergi banyak IPT. Saya paling bimbang di Universiti
Putra Malaysia . Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini
antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam. Saya nak nasihatkan
kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di
Vatican City . Dijampi oleh paderi Termasuk Pope John Paul yang jemput
Perdana Menteri kita dulu.


Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x,
Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan
sebahagian buat mandi.
InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.
" Tolong fowardkan ... demi islam... demi agama yang tercinta
insyaallah... "


>P/S : Kepada diri saya sendiri serta umat muslimim / muslimah :
"BERSATULAH
>DAN GUNAKAN PENGHAYATAN AL-QURAN DAN SUNNAH SEBAGAI PANDUAN KEBAHAGIAN
DI DUNIA DAN AKHIRAT"

No comments: